Kaedah belajar secara kumpulan

BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan.

Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.

Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan.

Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan.

• Jumlah anggota kumpulan

Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama.

• Topik pembelajaran

Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut.

• Kaedah pembelajaran

o Pecahan topik: Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.

o Analisis: Setiap anggota kumpulan perlulah menganalisis tugas yang diberikan dengan cara membuat catatan ringkas, rajah, peta minda atau pengurusan grafik. Sebarang keraguan yang terdapat sewaktu proses menganalisis dijalankan perlulah diambil perhatian agar perkara ini dapat dikemukakan kepada anggota lain untuk membantu ke arah penyelesaian.

o Persembahan: Setiap anggota kumpulan perlulah mempersembahkan tugasan mereka secara tidak formal dan bergilir-gilir. Persembahan perlulah dibuat secara jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengekalkan sebutan istilah-istilah yang tertentu dan penting.

o Interaksi: Selepas persembahan anggota lain perlu berinteraksi iaitu sama ada bertanya atau memberi pandangan atau teguran jika salah. Proses ini mampu menjelaskan lagi masalah yang terdapat dalam topik tersebut serta dengan tidak secara langsung menguatkan lagi daya ingatan.

o Rumusan: Setiap perbincangan perlulah dibuat rumusan sama ada dalam bentuk nota atau peta minda agar daya ingatan dapat dikekalkan.

Kejayaan kaedah belajar secara kumpulan ini banyak bergantung kepada disiplin diri setiap kumpulan. Setiap anggota kumpulan perlulah menumpukan perbincangan terhadap topik yang ditentukan tanpa gangguan.

Seorang anggota kumpulan perlulah dilantik untuk menyelaras aktiviti yang dijalankan agar ia lebih terancang dan berjaya memenuhi tujuannya. Bagaimanapun setiap anggota kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya belajar secara kumpulan ini tidak memberi sebarang tekanan kerana ianya dijalankan secara mesra, ikhlas dan di ruang yang lebih lapang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.

Rahsia Kecemerlangan Di Dalam Islam

UNTUK mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini kerana tanpa usaha yang gigih, ia tidak mungkin dapat dicapai.

Di sebalik kejayaan yang diperolehi, tanpa kita sedari tersembunyi rahsia kecemerlangan dalam Islam yang dapat kita aplikasikan.

Di dalam Al-Quran, contohnya, terdapat banyak petunjuk yang seharusnya menjadi pedoman untuk kita semua.

Adab merupakan di antara kunci utama kejayaan.

Adab merangkumi sikap saling menghormati, bekerjasama dan beradab sopan sesama manusia.

Kita juga ditegah daripada berperasaan hasad dengki, zalim dan mementingkan diri sendiri.

Memperbanyak amal ibadat juga dapat menguatkan rohani.

Kekuatan rohani adalah wahana yang besar untuk meningkatkan kekuatan jasmani.

Jika rohani lemah, umat menjadi malas dan mudah dihinggapi penyakit rohani dan jasmani.

Selain itu, sikap rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal juga dapat meningkatkan lagi kecemerlangan yang kita idamkan selama ini.

Seseorang yang malas dan tidak berusaha pasti akan menerima kegagalan di dalam hidupnya.

Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda, “Bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”

Di samping itu itu juga, untuk mencapai kecemerlangan, kita digalakkan ikhlas berjuang dalam mencari keredhaan Allah.

Seterusnya, ialah keceriaan yang merupakan ramuan untuk mencapai sifat-sifat di atas.

Sumber keceriaan adalah sujud kepada Allah, iaitu melalui amalan solat.

Jika kita semua mengamalkan semua petua yang disebutkan di atas, InsyaAllah kejayaan pasti mengiringi perjalanan hidup kita.

Yang utama ialah hidup dan mati kita adalah kerana Allah.

7 tips memastikan anak cemerlang di sekolah.

08/06/2010

Baiklah kali ini saya akan menulis tentang tips-tips untuk memastikan anak-anak cemerlang sewaktu di sekolah. Sudah tentu anda semua mahukan anak-anak anda cemerlang.

Baca dan fahami betul-betul apakah tips-tips tersebut :

i) Pengurusan Masa :

Kenapa ?. Ya dengan membuat jadual waktu anak anda, adalah satu perkara terpenting bagi memastikan sistem pembelajarannya teratur dan sistematik. Terutama jadual waktu dirumah untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya jadual waktu kerja-kerja anak anda akan siap pada waktunya!

Bagaimana ?. Anda perlulah menyediakan rutin harian yang konsisten untuk anak anda ikuti sekembalinya mereka dari sekolah. Kebiasaannya mereka memang letih dan memerlukan masa untuk rehat. Justeru di dalam jadual itu juga jangan lupa selitkan ruang masa untuk mereka beriadah selepas menikmati minum petang atau selepas kembali dari kelas tuisyen atau kelas agama. Jangan lupa selitkan jadual untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolahnya!

Jangan lupa pantau dan monitor perkembangan pembelajarannya dari masa ke semasa.

ii) ‘Get Organized’ :

Kenapa ?. Ya, bagi kebanyakkan pelajar, masalah-masalah di sekolah adalah di sebabkan oleh tidak dapat membuat persedian masa dengan betul. Mereka bermasalah di sekolah bukannya disebabkan mereka tidak cerdik atau kurang bijak. Tetapi disebabkan gagal menguruskan masa dengan baik.

Bagaimana ?. Sediakan ‘checklist’ untuk setiap keperluan anak anda yang perlu dibawa ke sekolah dan apa yang perlu dibawa pulang dari sekolah, setiap hari. Letakkan satu salinan di depan pintu atau di peti sejuk atau di mana juga yang anda rasa sesuai dan menjadi tatapan anda setiap masa. Juga, letakkan satu salinan di dalam folder atau beg sekolah anak anda!.

iii) Pilih prioriti/keutamaan :

Kenapa ?. Kadang-kadang anak-anak gagal menyiapkan kerja-kerja latihan dan tidak tahu yang mana satu harus dimulakan.

Bagaimana ?. Oleh itu, ajar anak anda untuk memberikan keutamaan kepada hal-hal yang penting. Contohnya adakah subjek-subjek utama yang perlu disiapkan dan di hantar esok harinya, atau mungkin adakah subjek-subjek tertentu yang mungkin akan di adakan ujian dan sebagainya. Senaraikan semua perkara yang harus dilakukan termasuk extra-curricullum di sekolah. Susun kesemuanya ikut keutamaan.

iv) Fokus :

Kenapa ?. Gangguan akan menyebabkan anak anda mudah hilang konsentrasi dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu latihan. Ini menjadikan semua masalah timbul sebagai contoh kerja latihan yang mudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Letih dan mula rasa bosan.

Bagaimana ?. Sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak anda mengulangkaji pelajaran dan pastikan smeua peralatan alatulis tersedia berhampiran!

v) Motivasi :

Kenapa ?. Kebanyakkan anak-anak berkata akan melakukan yang terbaik di sekolah. Namun, masih ramai juga yang gagal untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Bagaimana ?. Sebagai ibuabapa cuba peratikan dan nilai apakah kebolehan anak anda ?. Sambut dan raikanlah kejayaan atau pencapaian anak anda tidak kira ianya besar atau kecil. Contohnya : mungkin hari itu dia dapat menjawab soalan mudah di sekolah dan menjadi pertama yang memberi jawapan betul, apa salahnya anda menghadiahkannya sebuah buku atau pen atau sekadar sekeping ’stiker’!.

vi) Luangkan masa untuk riadah :

Kenapa ? Anak-anak yang terlalu aktid biasanya sukar untuk menumpukan kepada pelajaran.

Bagaimana ?. Selepas sekolah, beri peluang anak anada untuk berehat, mendengar musik, menontong TV, menikmati minum petang sebelum anda mengajaknya membuat latihan kerja sekolah.

vii) Ambil berat :

Kenapa ?. Tindakan mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak anda adalah suatu perkara yang sangat penting dan terbaik di dalam memastikan anak anada mempunyai sikap yang baik di sekolah dan dapat mengelakkan sikap-sikap yang negatif.

Bagaimana ?. Selalulah bertemu dan berbincang dengan guru-guru anak anda tentang perkembangan atau juga permasalah yang ada dengan mereka.

Assalamualaikum

Selamat Datang kepada anda yang ingin bersama saya dalam blog ini.Anda adalah pengunjung yang dialu-alukan untuk memberikan pandangan dan komen supaya blog ini lebih bertambah menarik serta dapat memberikan sedikit ilmu di dunia dan akhirat.Blog ini masih di dalam pembikinan.